Memaparkan catatan dengan label wap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wap. Papar semua catatan

23 Februari 2022

Wabak Covid-19 dan Omicron

 Seluruh dunia termasuk Malaysia telah dilanda oleh wabak virus Covid-19 sejak 2 tahun lepas yang bermula di sekitar Januari 2020. Berlanjutan hingga kini. Ini diikuti pula oleh wabak terbitan Covid-19 ia itu Omicron yang juga mudah tersebar dengan cepat. 

Walaupun hampir semua orang dewasa telah disuntik dengan vaksin - dos pertama, dos kedua dan dos ketiga -  booster tetapi  sebagai pencegahan, kita semua digalakkan memakai pelitup muka, untuk menutup saluran pernafasan, hidung dan mulut. Banyak berita tersebar menunjukkan orang yang telah disuntik vaksin pun masih boleh terkena jangkitan virus Covid-19 dan Omicron. 

Vaksin dapat dianggap sebagai "activator" pada sistem tubuh setiap individu agar dapat meningkatkan pengeluaran/pembuatan "anti-body". Anti-body inilah yang menjadi askar-askar penghapus virus Covid-19, omicron dan lain lain. Semakin banyak anti-body dapat dihasilkan oleh tubuh, semakin kuat benteng pertahanan tubuh kita.

Jadi pembinaan, penghasilan, pengeluaran anti-body pada masing-masing tubuh setiap individu adalah berbeza pada kuantiti dan kualiti. Pekara ini di sebabkan oleh faktor tahap kesihatan pada setiap individu. Bagi yang sihat, aktif, tidak ada sakit sudah tentu mempunyai pertahanan tubuh yang tinggi. Tetapi bagi individu yang ada penyakit, tahap kesihatan yang rendah tentunya mudah dijangkiti walaupun sudah di vaksin ke tahap ketiga.

Penyebaran virus Covid adalah melalui titisan wap air (seperti wap air yang keluar dari cerek/periuk nasi panas) - wap bila kita bercakap, bertutur, bernafas. Kita semua pernah melihat di TV, di negara-negara sejuk pada musim sejuk, apabila seseorang itu bercakap, bernafas - ada semacam wap putih keluar daripada mulut dan hidung dia. Tetapi di kawasan tropika, wap yang keluar dari mulut dan hidung kita tidak jelas kelihatan, kecuali bila dihembus di hadapan cermin.

Apabila kita bertutur, berbual dengan rakan atau berada di khalayak ramai terutama di ruang tertutup, densiti atau kuantiti wap air adalah tinggi begitu juga densiti virus Covid, jadi peluang kita mendapat atau dijangkiti virus turut tinggi. 

Jadi pemakaian pelitup muka, tidak selalu berada di ruang tertutup, kurangkan berinteraksi dengan orang ramai, selalu membasuh tangan selepas memegang sesuatu menjadi habit yang wajib dipraktik ketika ini supaya kita tidak termasuk dalam statistik pengidap Covid.

Keadaan kembali normal

 Alhamdulillah, keadaan kelamkabut di Malaysia akibat dilanda wabak Covid-19 beransur-ansur reda dan suasana kehidupan seharian mula kembali...