Sila Whatsapp/SMS/ Talipon ke nombor: 012-722 0488 atau 019 725 3200 dan berikan butiran berikut:
1. Nama Penuh2. Gambar Kad Pengenalan depan dan belakang yang berpalang
3. Alamat terkini atau Alamat Tetap (jika tidak sama dengan alamat KP)
4. No. talipon
5. Tarikh masuk & keluar
6. Bilangan dewasa yang akan menginap
7. Bilangan kenderaan
8. Tujuan menginap
Tempahan dikira sah jika disertakan dengan wang deposit booking sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia satu ratus sahaja).
Terima Kasih kerana memilih Afidea Homestay sebagai tempat penginapan sementara Tuan/Puan/Cik.
8. Tujuan menginap
Tempahan hanya akan diterima jika pada tarikh yang dipilih terdapat kekosongan atau tiada tempahan daripada pelanggan/tetamu lain.
Tempahan dikira sah jika disertakan dengan wang deposit booking sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia satu ratus sahaja).
Pembayaran wang deposit boleh dibuat secara online transfer atau Bank-In di mesin ATM ke nombor akaun CIMB atau Maybank kami.
Nombor akaun untuk bank-in/online transfer akan kami whatsapp/SMSkan kepada nombor talipon Tuan/Puan/Cik hanya jika benar-benar ingin menginap.
Sila whatsapp atau talipon pihak kami sebaik sahaja wang deposit telah dibayar (bank-in) supaya tempahan Tuan/Puan/Cik dapat disahkan dan direkodkan pada tarikh yang dipilih.
Bayaran penuh hendak lah dibuat ketika menerima kunci homestay atau sebelum check-in.
Nota:
1. Jika terdapat ramai pelanggan yang ingin membuat tempahan pada tarikh-tarikh yang sama, pelanggan yang paling awal membayar deposit akan diutamakan.
2. Wang deposit booking/sekuriti HANYA akan dipulangkan dalam tempoh 24-48 jam selepas checkout dan setelah pihak kami berpuas hati dengan tahap kebersihan dan juga tiada apa barang-barang yang dikeluarkan daripada homestay.
Pembatalan tempahan
Jika tempahan ingin dibatalkan, sila maklumkan segera melalui talipon/SMS/emel ke kami 3 hari (72 jam) sebelum tarikh dijadualkan menginap.
Wang deposit dikira hangus dan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya Tuan/Puan/Cik gagal datang menginap (no-show) atau pembatalan dibuat kurang daripada 72 jam.
Wang cagaran/deposit menginap
Selepas Tuan/Puan/Cik check-in, wang deposit tempahan RM100 secara otomatik menjadi wang deposit sekuriti dan kebersihan. Deposit ini akan dipulangkan 24-48 jam selepas check-out, sila berikan kami nama bank dan no. akaun Tuan/Puan/Cik.Terima Kasih kerana memilih Afidea Homestay sebagai tempat penginapan sementara Tuan/Puan/Cik.