22 Jun 2022

Keadaan kembali normal

 Alhamdulillah, keadaan kelamkabut di Malaysia akibat dilanda wabak Covid-19 beransur-ansur reda dan suasana kehidupan seharian mula kembali normal. Ketika ini nampak nya wabak Covid-19 yang telah melanda dunia dan Malaysia selama lebih 2 tahun lepas sudah semakin dilupakan. Bilangan kematian dan bilangan orang yang dijangkiti semakin menurun dan yang dijangkiti pun segera pulih. Ini menunjukkan penerima-penerima vaksin membantu mengurangkan kes daripada merebak pantas dan menurunkan bilangan jangkitan kepada yang lain.

Kita tidak diperlukan lagi mengimbas kod tempat dilawati dengan apps MySejahtera setiap kali masuk ke mana-mana kedai, pusat membeli belah atau dimana saja. Diharapkan di hari hari mendatang Covid-19 terus memudar dan langsung lesap daripada dunia. 

Tetamu-tetamu yang ingin menginap di homestay tidak lagi perlu menghantar salinan muka depan MySejahtera untuk membuat tempahan menginap.

Kadar Sewa 2024

  AFIDEA MAWAR HOMESTAY* Isnin - Khamis : RM200/malam Jumaat - Ahad, Cuti Umum : RM220/malam Kadar bulanan: RM2500/bulan** Deposit RM1000 - ...