Pengenalan

Afidea Homestay Pasir Gudang - Semua homestay Afidea di jamin bersih, selesa dan serba lengkap dengan segala kemudahan sebagai rumah penginapan sementara. Lokasi homestay juga selalunya berdekatan dengan tempat berbelanja, tempat makan - restoran serta mudah untuk pergi dan pulang.

Segala fasiliti yang Tuan/Puan/Cik perlukan terdapat di setiap homestay kami seperti mesin basuh, peti sejuk, TV, dapur masak, seterika, cerek letrik, periuk nasi dll. Perkakas atau peralatan yang selalu diperlukan di rumah Tuan/Puan/Cik juga ada di homestay kami. 

Jadi sebagai tempat penginapan jangka pendek, homestay kami mampu jadi pengganti rumah Tuan/Puan/Cik sebenar nya, buat sementara waktu.

Kami cuba sedaya upaya memberikan keselesaan yang Tuan/Puan/Cik inginkan, walaupun bukan seperti hotel 4 atau 5 bintang tetapi selesa sebagai sebuah rumah serba lengkap. Bilangan tetamu yang menginap kami hadkan, supaya masing-masing ada ruang bernafas, ruang bergerak.

 Afidea Homestay Pasir Gudang - memiliki 3 homestay di taman-taman perumahan disekitar Bandaraya Pasir Gudang. Ia itu:

1. Afidea Mawar Homestay Jalan Mawar 20,Taman Mawar, Pasir Gudang

2. Afidea Alpinia Homestay Jalan Kijang 2, Taman Scientex, Pasir Gudang dan

3. Afidea Luna Homestay Jalan Kancil 22, Taman Scientex, Pasir Gudang.

Semua homestay tersebut boleh disewa secara harian (minima 2 malam), mingguan atau bulanan.

Di-sebabkan wabak Covid-19 dan yang baru Omicron yang telah berlanjutan selama 2 tahun hingga kini, maka bagi semua tetamu yang ingin menginap perlu-lah menghantar menerusi Whatsapp gambar muka depan MySejahtera kepada pemilik homestay

Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan semua tamu yang menginap walaupun dari satu kumpulan kakitangan syarikat yang sama, famili - mungkin 2-3 famili menginap dan kami yang akan mengemas, membersihkan homestay selepas Tuan/Puan/Cik check-out. Jika Tuan/Puan/Cik berasa selamat daripada dijangkiti kami pun begitu juga.


Kadar Sewa 2024

  AFIDEA MAWAR HOMESTAY* Isnin - Khamis : RM200/malam Jumaat - Ahad, Cuti Umum : RM220/malam Kadar bulanan: RM2500/bulan** Deposit RM1000 - ...