Syarat dan Peraturan

Para tetamu/penginap diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut:

1.  Hanya tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina dibenarkan menginap.

2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke homestay. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan samasekali.

3. Dilarang sama sekali menjadikan homestay tempat mengadakan majlis perkahwinan, kenduri atau apa saja yang berkaitan dengan acara keagamaan seperti membakar colok, kemenyan, setanggi, gaharu dan lain-lain di dalam atau di halaman homestay.

4. Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan dibawa masuk atau berada di homestay samasekali. Tuan/Puan/Cik/kumpulan Tuan/Puan/Cik akan diusir sertamerta.

5. Sebagai langkah keselamatan, merokok di bilik-bilik tidur tidak dibenarkan sama sekali. Sila merokok d ruang tamu atau laman rumah (bila ada penghawa dingin di ruang tamu). 
Jika kami dapati ada puntung-puntung rokok di bilik-bilik tidur selepas Tuan/Puan/Cik check-out, deposit mungkin langsung tidak dipulangkan.

6. Maaf. Haiwan peliharaan (pets) tidak dibenarkan dibawa masuk samasekali.

7. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu, gril dan pagar rumah dikunci apabila Tuan/Puan/Cik meninggalkan homestay walau pun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas apa jua kehilangan barangan berharga semasa Tuan/Puan/Cik menginap.

8. Sila gunakan segala kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup pili air, lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan atau bila Tuan/Puan/Cik check-out.

9. Menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah. 

(i) Sila buang sampah/sisa makanan kedalam bakul atau tong sampah yang disediakan. 
Sisa-sisa makanan di tong sampah dapur perlu dibuang setiap dua (2) hari kedalam tong sampah besar di luar homestay, supaya tidak membusuk dan berbau yang akan menjemput lalat, lipas, semut dll masuk ke homestay.

(ii) Sebelum Check-out - Sila pungut dan kumpulkan semua sampah-sampah - di semua bilik-bilik, di bilik-bilik air dan tong sampah dapur, buangkan semua nya ke tong sampah besar di luar homestay. 

(iii) Deposit akan dipotong jika sampah masih terdapat bertaburan di homestay.

10. Sila cuci /basuh semua peralatan memasak, pinggan-mangkuk yang telah digunakan dan simpan di tempat asal sebelum check-out.

Deposit akan dipotong - Jika selepas Tuan/Puan/Cik check-out kami dapati  peralatan/pinggan-mangkuk/cawan-cawan/gelas bertaburan dan tidak dibasuh.

11. Meletakkan kenderaan dengan berhemah supaya tidak mengganggu lalulintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran. Kereta/kenderaan yang di parkir di halaman atau di luar rumah adalah atas tanggungjawab/risiko Tuan/Puan/Cik sendiri.

12. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising di larut malam.

13. Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama lampin bayi dan tuala wanita) kedalam mangkuk tandas di bilik air untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan kedalam bekas yang disediakan.

14. Laporkan sebarang kerosakan jika ada sebaik saja Tuan/Puan/Cik mula menerima kunci homestay juga kerosakan semasa Tuan/Puan/Cik menginap.

Kami sedar Tuan/Puan/Cik sedaya upaya berusaha untuk tidak melakukan apa jua kerosakan terhadap peralatan atau membawa keluar/pulang barangan yang terdapat di homestay. Jika ada ahli kumpulan Tuan/Puan/Cik terbawa pulang barangan milik homestay sila kembalikan secara pos atau courier ke alamat homestay.

Kerosakan-kerosakan tanpa sengaja seperti hilang atau pecah sebiji pinggan, kaki kerusi patah, tidak akan dikenakan apa-apa tuntutan bayaran. 

Tetapi jika kerosakan disengajakan - seperti cadar disimbah pencelup (dye),  pintu dipecahkan, kami mempunyai hak untuk menuntut gantirugi daripada Tuan/Puan/Cik.
 
15. Sebelum Check-out - Jika Tuan/Puan/Cik mengubah kedudukan sebarang perabot, sila susunkan balik kepada susunan asal ia itu susunan masa Tuan/Puan/Cik mula masuk ke homestay.

Tanggungjawab (liability):
Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kehilangan, kerosakan, susut nilai terhadap apa-apa barangan/peralatan yang dibawa masuk atau disimpan oleh Tuan/Puan/Cik/kumpulan Tuan/Puan/Cik selama tempoh menginap. 

Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kemalangan, kecederaan, kerosakan, susutnilai, atau apa jua tuntutan bayaran kerana kecuaian, kelalaian Tuan/Puan/Cik/kumpulan Tuan/Puan/Cik selama tempoh menginap. 

Nota: Pihak pengurusan mempunyai hak untuk menukar atau meminda mana-mana peraturan atau syarat pada bila-bila masa.

Sila tinggalkan HOMESTAY ini dengan kualiti kebersihan sama seperti semasa Tuan/Puan/Cik mula memasukinya. 

SEMOGA TUAN/PUAN/CIK BERPUASHATI DAN GEMBIRA KETIKA BERADA DI AFIDEA HOMESTAY - TERIMA KASIH.  

SELAMAT JALAN SEMOGA SELAMAT SAMPAI TUJUAN. 


Pengurus Afidea Homestay

Kadar Sewa 2024

  AFIDEA MAWAR HOMESTAY* Isnin - Khamis : RM200/malam Jumaat - Ahad, Cuti Umum : RM220/malam Kadar bulanan: RM2500/bulan** Deposit RM1000 - ...