20 September 2013

Taman riadah Bukit Layang-Layang

Bukit Layang-Layang. Ada apa?

Bukit Layang-Layang memang telah diketahui umum sebagai tempat atau tapak pesta tahunan pertandingan layang-layang sedunia dikalangan penduduk Malaysia terutama sekali penduduk Johor dan sekitar Pasir Gudang. Di waktu-waktu lain,  ia juga menjadi tempat riadah yang popular bagi penduduk Pasir Gudang. Taman hijau yang luas, ditambah dengan tasik yang cantik, lengkap dengan lorong untuk pejalan kaki atau jogging, pondok-pondok kecil serta padang permainan kanak-kanak yang diselenggara dengan baik menjadikan tempat tumpuan beriadah di waktu petang atau hujung minggu. Sebahagian daripada keindahan taman hijau ini digambarkan seperti dibawah.


Foto 1: Lorong pejalan kaki -jogging, pondok dan gerai
  Foto 1: Lorong pejalan kaki 
- jogging, pondok dan gerai

Foto 2: Sedang belajar menerbangkan layang-layang
  Foto 2: Belajar menerbangkan layang-layang

Foto 3: Menerbangkan layang-layang dengan bantuan ayah
  Foto 3: Menerbangkan layang-layang 
dengan bantuan ayah

Foto 4: Muzium Layang-layang dari arah padang
  Foto 4: Muzium Layang-layang

Foto 5: Taman permainan kanak-kanak
Foto 5: Taman permainan kanak-kanak

Foto 6: Jalan menuju ke Muzium Layang-Layang
Foto 6: Jalan menuju ke Muzium Layang-Layang

Foto 7: Pohon hijau dan tasik
Foto 7: Pohon pohon  hijau keliling tasik

Foto 8: Masjid An-Nur
Foto 8: Masjid An-Nur (Masjid Jamek)

Foto 9: Jeti di tasik (dulu ada bot kayuh) yang dimakan usia
Foto 9: Tasik dengan jeti (bot kayuh
 - tiada lagi) yang dimakan usia

Foto 10: Antara aktiviti riadah - memancing (dilarang)
  Foto 10: Antara aktiviti riadah 
- memancing (dilarang)

Foto 11: Bangunan Lembaga Pelabuhan Johor dalam pembinaan.
  Foto 11: Bangunan baru Lembaga Pelabuhan 
Johor dalam pembinaan.

28 Ogos 2013

Hospital Sekitar Pasir Gudang

Hospital-hospital di Pasir Gudang

Pertambahan penduduk dan kemunculan kawasan industri baru di sekitar Pasir Gudang memerlukan lebih banyak hospital bagi mengimbangi permintaan terhadap rawatan kesihatan. Kini telah terdapat beberapa buah hospital di sekitar Pasir Gudang.
Hospital terbaharu ialah rantaian Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ). Hospital Pakar (KPJ) Pasir Gudang terletak di Taman Bukit Dahlia, di tepi Jalan Besar yang menuju ke Pusat bandar Pasir Gudang. Mula beroperasi sejak bulan Mei 2013. Johor Corporation melalui KPJ Healthcare Berhad juga memiliki dan mentadbir Hospital Wakaf An-Nur yang terletak di Jalan Mesjid, berdekatan Masjid Jamek (Masjid An-Nur) Pasir Gudang.

Manakala Hospital Penawar terletak di Pusat Bandar Pasir Gudang. Hospital ini telah lama bertapak di sini dan memang dikenali oleh penduduk Pasir Gudang.

Di Bandar Seri Alam, kira-kira 8 km dari Pasir Gudang, juga terdapat sebuah hospital pakar, Regency Specialist Hospital yang hanya 300m daripada pasaraya TESCO.

Supaya kita tidak atau jarang menginap di mana-mana hospital, penjagaan kesihatan dan pemakanan yang betul perlu lah diutamakan. Selalu lah beriadah - jogging, berjalan kaki, berbasikal, berenang atau lain-lain. Sekali kesihatan kita terganggu, kita resah sepanjang masa dan merasa tidak normal. Jaga lah kesihatan anda sebelum hospital menjaga anda.

Keadaan kembali normal

 Alhamdulillah, keadaan kelamkabut di Malaysia akibat dilanda wabak Covid-19 beransur-ansur reda dan suasana kehidupan seharian mula kembali...