14 September 2025

Syarat dan Peraturan

 Para tetamu/penginap diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut:

1. Hanya tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina dibenarkan menginap.

2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke homestay. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan samasekali.

3. Dilarang sama sekali menjadikan homestay tempat mengadakan majlis perkahwinan, kenduri atau apa saja yang berkaitan dengan acara keagamaan seperti membakar colok, kemenyan, setanggi, gaharu dan lain-lain di dalam atau di halaman homestay.

4. Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan dibawa masuk atau berada di homestay samasekali.

Kami berhak untuk mengusir Tuan/Puan/Cik/kumpulan dengan sertamerta dan memulangkan semua bayaran sewa jika mana-mana syarat dan peraturan (1) - (4) dilanggar.

5. Sebagai langkah keselamatan, merokok di bilik-bilik tidur tidak dibenarkan sama sekali. Sila merokok di halaman atau luar rumah.

AMARAN: Jika kami dapati rumah atau bilik/bilik-bilik tidur berbau asap rokok atau didapati puntung-puntung rokok bertaburan selepas Tuan/Puan/Cik check-out, deposit akan hangus - tidak akan dipulangkan.

6. Tuan/Puan/Cik tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk peralatan-peralatan tidur seperti bantal, tilam, selimut ke homestay ini kecuali yang baru dibeli atau yang dibenarkan dibawa masuk.

Ini bertujuan untuk mengelakkan tersebar nya serangga penghisap darah seperti pepijat/pijat-pijat ke homestay ini.

7. Maaf. Haiwan peliharaan (pets) tidak dibenarkan dibawa masuk samasekali.

8. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu, gril dan pagar rumah dikunci apabila meninggalkan homestay walau pun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas apa jua kehilangan barangan berharga semasa Tuan/Puan/Cik menginap.

9. Sila gunakan segala kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup pili air, lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan atau bila Tuan/Puan/Cik check-out.

10. Menjaga kebersihan di dalam dan di luar rumah.

(i) Sila buang sampah/sisa makanan kedalam bakul atau tong sampah yang disediakan. Sisa-sisa makanan di tong sampah dapur perlu dibuang setiap dua (2) hari kedalam tong sampah besar di luar homestay, supaya tidak membusuk dan berbau yang akan menjemput lalat, lipas, semut dll masuk ke homestay.

(ii) Sebelum Check-out - Sila pungut dan kumpulkan semua sampah-sampah - di semua bilik-bilik, di bilik-bilik air dan tong sampah dapur, buangkan semua nya ke tong sampah besar di luar homestay.

(iii) Deposit akan dipotong jika sampah masih terdapat bertaburan di homestay.

11. Sila cuci /basuh semua peralatan memasak, pinggan-mangkuk yang telah digunakan dan simpan di tempat asal sebelum check-out. Deposit akan dipotong - jika kami dapati peralatan/pinggan-mangkuk/cawan-cawan/gelas bertaburan dan tidak dibasuh.

12. Meletakkan kenderaan dengan berhemah supaya tidak mengganggu lalulintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran. Kereta/kenderaan yang di parkir di halaman atau di luar rumah adalah atas tanggungjawab/risiko sendiri.

13. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising di larut malam.

14. Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama lampin bayi dan tuala wanita) kedalam mangkuk tandas di bilik air untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan kedalam bekas yang disediakan.

15. Laporkan sebarang kerosakan jika ada sebaik saja Tuan/Puan/Cik mula menerima kunci homestay juga kerosakan semasa Tuan/Puan/Cik menginap.

Kami sedar Tuan/Puan/Cik sedaya upaya berusaha untuk tidak melakukan apa jua kerosakan terhadap peralatan atau membawa keluar/pulang barangan yang terdapat di homestay. Jika ada ahli kumpulan Tuan/Puan/Cik terbawa pulang barangan milik homestay sila kembalikan secara pos atau courier ke alamat homestay.

Kerosakan-kerosakan tanpa sengaja seperti hilang atau pecah sebiji pinggan, kaki kerusi patah, tidak akan dikenakan apa-apa tuntutan bayaran.

Tetapi jika kerosakan disengajakan - seperti cadar disimbah pencelup (dye), pintu dipecahkan, kami mempunyai hak untuk menuntut gantirugi daripada Tuan/Puan/Cik.

16. Sebelum Check-out - Jika Tuan/Puan/Cik mengubah kedudukan sebarang perabot, sila susunkan balik kepada susunan asal ia itu susunan masa Tuan/Puan/Cik mula masuk ke homestay.

Tanggungjawab (liability):

Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kehilangan, kerosakan, susut nilai terhadap apa-apa barangan/peralatan yang dibawa masuk atau disimpan oleh Tuan/Puan/Cik/kumpulan Tuan/Puan/Cik selama tempoh menginap.

Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab(liabiliti) atas apa jua tuntutan pampasan seperti kemalangan, kecederaan, kerosakan, susutnilai, atau apa jua tuntutan bayaran kerana kecuaian, kelalaian Tuan/Puan/Cik/kumpulan Tuan/Puan/Cik selama tempoh menginap.

Nota: Pihak pengurusan mempunyai hak untuk menukar atau meminda mana-mana peraturan atau syarat pada bila-bila masa.

Sila tinggalkan HOMESTAY ini dengan kualiti kebersihan sama seperti Tuan/Puan/Cik mula memasukinya.

SEMOGA TUAN/PUAN/CIK BERPUASHATI DAN GEMBIRA KETIKA BERADA DI AFIDEA HOMESTAY - TERIMA KASIH.

SELAMAT JALAN - DAN SEMOGA SEMUA SELAMAT SAMPAI KE TUJUAN.

Pengurus Afidea Homestay

26 Februari 2025

Kadar Sewa 2025

  AFIDEA MAWAR HOMESTAY

Isnin - Khamis: RM200/malam
Jumaat - Ahad, Cuti Umum: RM220/malam
(Minima 2 malam)
Hanya 1 malam RM250.00

Kadar bulanan:
RM2500/bulan**
Deposit RM1300 - letrik, air dan sekuriti.

AFIDEA ALPINIA HOMESTAY
Isnin - KhamisRM200/malam
Jumaat - Ahad, Cuti Umum: RM220/malam
(Minima 2 malam)
Hanya 1 malam RM250.00

Kadar bulanan:
RM2500/bulan**
Deposit RM1300 - letrik, air dan sekuriti.


AFIDEA LUNA HOMESTAY
Isnin - Khamis: RM230/malam
Jumaat - Ahad, Cuti Umum: RM250/malam

Kadar bulanan:
RM2700/bulan**
Deposit RM1300 - letrik, air dan sekuriti.

Syarat
Disertakan dengan wang deposit RM100 untuk pengesahan tempahan.

** kadar bulanan tidak termasuk bil letrik, bil air, cleaning fee RM150.00 dan gas masak.

CLEANING FEE (YURAN PEMBERSIHAN)
Cleaning fee dikenakan bagi yang menginap bulanan/jangka panjang. Bayaran ini tidak dipulangkan dan sebahagian daripada syarat.

Syarat bagi penginapan bulanan

Penginap yang memilih kadar bulanan mesti menginap genap 1 bulan atau lebih secara berterusan, tidak sambung-sambung untuk genapkan tempoh. Baki malam yang tidak digunakan dikira hangus jika check-out sebelum tempoh.
Untuk maklumat lanjut, sila talipon/SMS/whatsapp.

Tempahan (booking)

Tempahan dikira sah jika disertakan dengan wang cagaran (deposit). Wang cagaran minima ia lah RM100 (tempoh menginap 1- 3 malam).
Jumlah wang cagaran tidak tetap, ia bergantung kepada tempoh menginap, bilangan orang dan faktor-faktor lain. Cagaran lebih tinggi bila menginap lebih 7 malam. 

Semua wang cagaran akan dipulangkan 1 hari selepas check-out atau apabila kami telah berpuas hati dengan keadaan homestay - dari segi kebersihan di semua bilik, dapur, susun atur perabut perabut serta tiada yang terbawa pulang atau dirosakkan.

Kebiasaan nya, semua deposit yang dibayar akan dipulangkan tanpa dipotong 1 sen pun. Kami faham Tuan/Puan/Cik juga mengharapkan demikian.
Bantu kami untuk menjaga kebersihan homestay. Terima kasih.

Pembatalan tempahan

Tuan/Puan/Cik boleh membatalkan tempahan 72 jam (3 hari) sebelum tarikh menginap tanpa dikenakan sebarang bayaran. 
Deposit tempahan/wang deposit dikira hangus jika pembatalan di saat akhir dan gagal check-in (no-shows).

Syarat dan Peraturan

  Para tetamu/penginap diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut: 1. Hanya tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempun...